Awal hidup Lil Jon

Jonathan Smith lahir di kejiranan Southwest kota Atlanta, Georgia, beliau anak sulung lima adik-beradik. Bapanya, seorang jurutera sebuah syarikat aeroangkasa dan pertahanan manakala ibunya seorang pegawai tentera.[4]

Jon pernah menyertai kumpulan pancaragam sekolah tingginya.[4] Beliau belajar sendiri cara ber-DJ pada usia 15 tahun,[4] ibu bapanya membenarkan beliau melakukan hobi ini yang mengelakkannya daripada berpelesaran malah membenarkan beliau mengadakan parti muzik bawah rumah mereka untuk rakan-rakan sebayanya.[7] Beliau turut bekerja sambilan sebagai seorang DJ beberapa kelab malam di kotanya.[4]